Bengkel Hala Tuju Pemerkasaan Urus Setia Pembangunan Usahawan Terengganu (PEUTER)

bengkel pembangunan

Bengkel Hala Tuju Pemerkasaan Urus Setia Pembangunan Usahawan Terengganu (PEUTER) 2024 yang telah berlangsung selama 2 hari melibatkan agensi-agensi keusahawanan daripada negeri dan persekutuan.

Tujuan bengkel ini diadakan adalah bagi mencari idea-idea baru untuk memantapkan industri keusahawanan disamping cuba membantu usahawan-usahawan khususnya di Terengganu.

Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS) dijemput bagi membantu dalam penetapan hala tuju seiring dengan Pelan Usahawan Negeri Terengganu yang akan dibangunkan pada tahun hadapan bagi mencapai salah satu daripada Mercu Tanda Utama Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS2030).

PITAS 2030 – Pelan Induk Terengganu Sejahtera
#TerengganuStrategicIntegrityInstitute

Kongsi berita ini:

WhatsApp
Facebook
Twitter
LinkedIn