Bengkel Pemantapan Pengurusan Sistem Profil Rakyat Terengganu (PRT20)

BENGKEL PRT

Bengkel Pemantapan Pengurusan PRT20 telah selesai dijalankan mengikut 4 siri yang berakhir pada 11 Julai 2024 yang lalu. Bengkel ini melibatkan 5 orang peserta bagi setiap i-MiTS DUN seluruh Negeri Terengganu, bertempat di TD 1303.

Bengkel dimulakan dengan sesi taklimat oleh Pegawai, di Jabatan Pembangunan Komuniti dan Sosial TSIS berkaitan Pengenalan Sistem PRT20. Bengkel ini turut diadakan bagi memastikan pengaplikasian pengurusan dan sistem PRT20 dapat digunakan dengan lebih efektif dan efisien oleh para peserta.

Diharapkan melalui bengkel yang berlangsung ini, dapat meningkatkan lagi mutu dan nilai kepada para peserta bagi memastikan penggunaan sistem dapat digunakan dengan sebaiknya.

#TerengganuStrategicIntegrityInstitute #lead #inspire

Kongsi berita ini:

WhatsApp
Facebook
Twitter
LinkedIn