Selesai sudah YAB Dato’ Seri membentangkan Belanjawan 2024 Terengganu Darul Iman.
Pembentangan ini merupakan yang kali ke-6 sejak Dr. SAM diberikan mandat untuk memimpin Kerajaan Negeri Terengganu pada tahun 2018 lalu.
Pemilihan tema “Meneraju Era Baharu Terengganu” menyerlahkan iltizam Dr. SAM dan Kerajaan Negeri untuk melakukan transformasi sekali gus memacu kejayaan yang lebih menyeluruh dan konstruktif bagi Negeri Terengganu.
Rang Enakmen Perbekalan pertama yang dibentangkan selepas pilihan raya umum dan negeri ke-15 ini juga dilihat mengariskan dengan jelas hala tuju dan tumpuan bagi tahun 2024.
Belanjawan berimbang dengan hasil dan belanja mengurus berjumlah RM1.860 bilion ini merumuskan 10 SASARAN & STRATEGI UTAMA yang akan dijayakan melalui 3 FOKUS merangkumi 20 SEGMEN dan melibatkan 116 INISIATIF.
Kunci yang Dr. SAM tetapkan untuk merealisasikan kesemua agenda ini ialah 3 IDENTITI yang perlu dijadikan sebagai budaya, imej dan pemboleh daya kepada kerajaan, pemimpin dan seluruh rakyat Terengganu.
Antara intipati penting juga ialah Dr. SAM menggesa Kerajaan Persekutuan supaya menyalurkan secara penuh dana hasil daripada royalti petroleum kepada Negeri Terengganu. Lebih tegas, gesaan ini turut disusuli dengan amaran keras mengenai kebangkitan rakyat ke seluruh negara.
Menariknya juga, ucapan tambahan beliau semasa menutup pembentangan ini, Dr. SAM menjelaskan kenapa beliau tidak memperincikan satu per satu anggaran peruntukan bagi setiap program / projek dan juga tidak mengumumkan mengenai bonus untuk penjawat awam.
Jelasnya ialah kerana beliau adalah calon bagi PRK Kemaman. Justeru, beliau mahu mengelakkan perbuatan yang boleh dikaitkan dengan kesalahan pilihan raya dan lebih penting supaya pertandingan lebih adil kepada calon lawan.
Dalam keadaan Kerajaan Persekutuan memperalatkan seluruh jenteranya untuk menggerakkan kempen bagi memenangkan calon BN dalam PRK Kemaman, Dr. SAM tetap memilih untuk menjunjung tinggi nilai integriti.
We are so proud of you!
Semoga Allah SWT merahmati Dr. SAM.














