Kunjungan Hormat JPPD ke Terengganu Incorporated

perjumpaan TI

Pelbagai maklumat penting dan menarik dikongsikan oleh Pengurusan Tertinggi Terengganu Incorporated yang diketuai oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Encik Haji Burhanuddin Hilmi bin Mohamed @ Harun di dalam pertemuan bersama Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan Dasar (JPPD), TSIS.

Antara matlamat pertemuan ini adalah untuk memahami peranan TI dalam pembangunan ekonomi negeri, mendapatkan pandangan dan saranan berkenaan keadaan ekonomi semasa serta cabaran yang dihadapi oleh negeri.

TI telah berjaya meraih “Grand Award Winner” pada 23rd Malaysia-International HR Awards 2023 dan merupakan anugerah tertinggi yang diberikan. Tidak mengejutkan kerana TI mengambil pendekatan pentadbiran “good governance” dan mengintegrasikan prinsip-prinsip ESG dalam setiap proses pelaburan mereka. Ini terbukti juga dengan prestasi pertumbuhan mereka yang meningkat saban tahun.

Kongsi berita ini:

WhatsApp
Facebook
Twitter
LinkedIn