TSIS MEMPERKUKUH KEFAHAMAN URUSAN PERMIT PEMBINAAN BERSAMA PERBADANAN PRODUKTIVITI MALAYSIA (MPC)

tsisMPC

Terengganu Strategic & Integrity Institute – TSIS telah berpeluang menyertai Bengkel Peningkatan Kemahiran Dalam Urusan Mendapatkan Permit Pembinaan yang dianjurkan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Terengganu, dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kemaman .

Bengkel ini bertujuan meningkatkan kefahaman dan kerjasama antara agensi teknikal dan swasta dalam proses permohonan serta kelulusan permit pembinaan. Ini termasuk Permohonan Kebenaran Merancang, Pelan Kerja Tanah, Pelan Jalan Parit, Pelan Bangunan, dan Permit Sementara—yang memainkan peranan penting dalam mempercepatkan kelulusan dokumen serta kelangsungan perniagaan di negeri Terengganu.

Perkongsian dari Majlis Perbandaran Kulim mengenai Inisiatif Permit Pembinaan Pantas (E10) dan Keperluan Pemantauan Berkesan Pelaksanaan Inisiatif E10 turut memperkaya bengkel ini dengan idea-idea praktikal untuk mempercepatkan proses pembinaan yang lebih cekap.

TSIS amat berterima kasih kepada MPC Terengganu atas jemputan ini. Semoga dengan penganjuran bengkel yang sangat berkualiti ini dapat memberikan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk mengurus proses permohonan permit pembinaan dengan lebih efisien kepada setiap agensi yang terlibat.

#lead_inspire #TSIS #TerengganuMajuBerkatSejahtera #thinktank #ProduktivitiNegara #PembangunanMampan #PermitPembinaan

Kongsi berita ini:

WhatsApp
Facebook
Twitter
LinkedIn