TSIS berbincangan dengan MAIDAM

bincangdgnmaidam

Pihak TSIS amat berterima kasih kepada YBrs. Prof. Madya Dr. Ahmad Azrin Adnan, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu-Official (MAIDAM) atas perbincangan yang telah diadakan baru-baru ini.

Walaupun terdapat kekangan masa dan jarak untuk bersemuka, beliau tetap meneruskan perbincangan ini secara dalam talian untuk berkongsi buah fikir beliau dan komitmen MAIDAM dalam usaha untuk menyejahterakan rakyat dan Negeri Terengganu.

Perbincangan ini antaranya menumpukan kepada rancangan pembangunan sosioekonomi yang berdaya saing dan mampan.
MAIDAM menekankan peranannya dalam memajukan ekonomi negeri terutamanya melalui pembangunan harta wakaf bagi menangani cabaran pengangguran, kemiskinan, keterjaminan makanan, pendidikan dan penjagaan kesihatan.

Perbincangan ini mengharapkan agar inisiatif berskala besar dapat digerakkan antara pelbagai entiti Kerajaan Negeri dan MAIDAM bagi membiayai pembangunan hartanah sekali gus memperkasakan ekonomi setempat dan membawa manfaat yang besar kepada masyarakat.

Siri perbincangan yang digerakkan oleh Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan Dasar TSIS ini adalah bagi memuktamadkan senarai akhir ‘high-priority initiatives’ yang akan dimasukkan dalam Belanjawan 2025.

#lead_inspire #Tsis #TerengganuMajuBerkatSejahtera #thinktank #terengganustrategic

Kongsi berita ini:

WhatsApp
Facebook
Twitter
LinkedIn