Pendapatan & Perbelanjaan Penggunaan Isi Rumah – Terengganu

Pendapatan & Perbelanjaan Penggunaan Isi Rumah (Laporan Sosioekonomi Negeri Terengganu 2022)

Ringkasan 5 komponen utama berkaitan Pendapatan & Perbelanjaan Penggunaan Isi Rumah di Terengganu

Pendapatan Isi Rumah Kasar (PIRK) Penengah Dan Purata

Berbanding tahun 2019, Pendapatan Isi Rumah Kasar (PIRK) penengah dan purata bagi negeri Terengganu masing- masing menunjukkan pertumbuhan meningkat sebanyak 1.9% dan 2.1%.

Ketaksamarataan Pendapatan

Ketaksamarataan pendapatan di sesebuah tempat diukur menggunakan Pekali Gini.
Semakin hampir dengan sifar, jurang pendapatan semakin kecil. Terengganu mencatatkan penurunan Pekali Gini bagi kedua-dua pendapatan kasar dan boleh guna bagi tahun 2022.

Taburan Isi Rumah Mengikut Kumpulan Pendapatan

Kumpulan B40 mencapai peningkatan tertinggi bagi PIRK penengah dan purata masing-masing pada kadar 4.3% & 4.0%. Agihan PIRK mengikut Kumpulan Pendapatan di Terengganu; T20 (41%) | M40 (38%) | B40 (21%).

Insiden Kemiskinan

Insiden Kemiskinan di Terengganu telah menunjukkan penurunan peratusan dalam tempoh enam tahun. Walaupun kemiskinan mutlak meningkat 0.1%, namun kemiskinan relatif menurun sebanyak 1.3%.

Perbelanjaan Penggunaan Isi rumah Purata Tahun 2022

Daripada 13 kumpulan utama, 4 daripadanya menjadi penyumbang utama kepada perbelanjaan penggunaan isi rumah purata yang merangkumi 67.5%. Perbelanjaan penggunaan isi rumah purata bagi tahun 2022 telah meningkat sebanyak 3.3% daripada RM4,345 kepada RM4,796 berbanding tahun 2019.

Muat Turun Ringkasan Ringkasan 5 komponen utama berkaitan Pendapatan & Perbelanjaan Penggunaan Isi Rumah di Terengganu di bawah :

https://drive.google.com/file/d/1jSGmHTb1X71HLUdpIrMdGLm8vXU91emI/view?usp=sharing

Kongsi berita ini:

WhatsApp
Facebook
Twitter
LinkedIn