Karnival National Training Week (NTW) peringkat Wilayah Timur

NTW

Bersempena Karnival National Training Week (NTW) peringkat Wilayah Timur di Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu, TSIS telah mengadakan Kursus Dasar Integriti Darul Iman (DIDI) secara percuma kepada orang awam khususnya kepada syarikat-syarikat berkaitan kerajaan. TSIS juga telah membuka reruai untuk memberi lebih info serta pendedahan kepada orang ramai berkaitan modul-modul yang telah dibangunkan dan ditawarkan oleh TSIS.

TSIS turut mempromosikan produk latihan yang ditawarkan termasuklah Kursus Dasar Integriti Darul Iman, Kursus Komunikasi Strategik, Kursus Pengurusan Strategik dan Kursus Itqan Insani.

TSIS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada TDM Berhad dan HRD Corp – Human Resource Development Corporation selaku penganjur utama bagi NTW wilayah Pantai Timur atas peluang kolaborasi bersama dalam Karnival NTW kali ini. Besarlah harapan kami agar kerjasama ini dapat diteruskan lagi pada masa mendatang.

#TSIS #NTW2024 #HRDCorp #KarnivalNTW #TerengganuMajuBerkatSejahtera #LeadInspire

Kongsi berita ini:

WhatsApp
Facebook
Twitter
LinkedIn