MB lancar kertas polisi TSIS

kertas polisi iklim

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Menteri Besar Terengganu, YAB Dato’ Seri Ir. Dr Ahmad Samsuri bin Mokhtar Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar kerana sudi melancarkan Kertas Polisi yang ke-5 bertajuk “๐— ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป๐—ถ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐˜‚๐—ฏ๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐—œ๐—ธ๐—น๐—ถ๐—บ ๐— ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—น๐˜‚๐—ถ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—น๐—ถ๐—ฏ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ก๐—ฒ๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฑ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฑ๐—ฎ๐—ด๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฎ๐—ฟ๐—ฏ๐—ผ๐—ป ๐—ฆ๐—ฒ๐—ธ๐˜๐—ผ๐—ฟ ๐—›๐˜‚๐˜๐—ฎ๐—ป” di Bangunan Parlimen Malaysia hari ini.

Kertas Polisi ini ditulis oleh pasukan felo penyelidik Jabatan Hal Ehwal Parlimen & Global, Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS), KL dengan disunting oleh Prof. Madya Dr. Muhammad Fathi bin Yusof (Pensyarah UTM-KL), Dr. Jane Koh Sin Ai (Doktor Falsafah Ekologi Politik Kredit Karbon Perhutanan) dan Prof. Madya Dr. Mohd Hanif Bin Yaacob (Ketua Pegawai Eksekutif TSIS).

Terima kasih juga diucapkan kepada semua pemegang taruh yang telah memberikan maklum balas dalam penghasilan kertas polisi ini khususnya Yang Berhormat Tuan Haji Mohd Khuzaini Abd Rahman, Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Ekonomi Digital, Pendapatan Baharu, Perdagangan, Perindustrian dan Teknologi Hijau; Datoโ€™ Norhaidi Bin Yunus, Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu, Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu serta wakil-wakil daripada Bursa Malaysia, Malaysia Forest Fund (MFF), Kementerian Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak, Menteri Besar Incorporated (MBI) Terengganu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dan Pensyarah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), dan Universiti Putra Malaysia (UPM).

Secara ringkasnya, Kertas Polisi ini mengupas tentang peranan penting negeri-negeri di Malaysia dalam menangani cabaran perubahan iklim melalui pelaksanaan perdagangan karbon sektor hutan. Ia memberikan tumpuan kepada dimensi polisi, undang-undang, dan institusi yang berkait rapat dengan perubahan iklim dan perdagangan karbon khususnya dalam konteks pasaran karbon sukarela (VCM).

Kertas Polisi ini menekankan mengenai kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri sebagai kunci kepada kejayaan inisiatif berkaitan perubahan iklim dan juga perdagangan karbon sektor hutan. Oleh itu, Kertas Polisi ini akan merumuskan cadangan langkah-langkah yang perlu dilakukan di peringkat Kerajaan Persekutuan dan juga kerajaan negeri bagi memastikan kedua-dua pihak dapat memainkan peranan yang berkesan dalam memenuhi agenda perubahan iklim melalui perdagangan karbon sektor hutan.

Pihak kami berharap cadangan-cadangan yang diketengahkan dalam kertas polisi ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua pemegang taruh, termasuklah agensi-agensi kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri serta ahli-ahli parlimen, dalam usaha merealisasikan perdagangan karbon sektor hutan yang mampan.

Kongsi berita ini:

WhatsApp
Facebook
Twitter
LinkedIn