PENGEKSPLORASIAN KERJASAMA ANTARA TSIS DAN UNICEF

eksplorasi tsis unicef

Selesai pertemuan pertama antara Terengganu Strategic & Integrity Institute – TSIS dan UNICEF Malaysia dalam mengeksplorasi kerjasama antara dua pihak ke arah matlamat pembangunan lestari golongan kanak-kanak dan wanita di Terengganu.

Delegasi UNICEF Malaysia diwakili oleh Robert Gass (UNICEF Representative to Malaysia), Muhammad Razlan (Partnership Specialist), Sufyan Aslam (Climate and Environment), Yin Yee Tham (Social Policy Specialist) dan Faradiza Zahari (Communication Assistant).

Selain membentangkan data berkaitan sosial demografi dan isu kesihatan dalam kalangan kanak-kanak di Terengganu, Ketua Pegawai Eksekutif TSIS, Prof Madya Dr. Hanif Yaacob turut berkongsi inisiatif dan program berkaitan kanak-kanak dan wanita yang sedang dan telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri melalui pelbagai agensi pelaksana terutamanya Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu dan Urus Setia Wanita Terengganu.

Antara cadangan dan program yang sedang dibangunkan oleh UNICEF pada ketika ini adalah berkaitan Bandar Mesra Kanak-kanak, Indeks Kesejahteraan Kanak-kanak dan suntikan tunai efektif. Semoga pertemuan ini akan menghasilkan kerjasama yang utuh antara Kerajaan Negeri dan UNICEF dalam usaha bagi menyokong hal ehwal pembangunan dan perlindungan kanak-kanak dan wanita di Terengganu.

#TerengganuMajuBerkatSejahtera #thinktank #integritymatters #lead_inspire

Kongsi berita ini:

WhatsApp
Facebook
Twitter
LinkedIn