Perbincangan bersama Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu (JKSTR) mengenai inisiatif utama Belanjawan 2025.

meetingkehakiman

Institusi kehakiman syariah adalah merupakan syiar agama yang sama pentingnya dengan masjid dalam memelihara nilai-nilai Islam di Terengganu.

Peranan JKSTR dalam melaksanakan dan menguatkuasakan hukum syarak serta memutuskan kes-kes berkaitan telah terbukti penting untuk memastikan keadilan syariah terus ditegakkan terutamanya di negeri Terengganu.

Dalam usaha ini, JKSTR berjaya meneroka pelbagai inovasi untuk meningkatkan kualiti perkhidmatannya, sejajar dengan keperluan masyarakat yang semakin kompleks.

Mewakili TSIS ialah En. Eikhwan Ali (Ketua Penyelidikan & Pembangunan Dasar), En. Wan Muzhaffar (Setiausaha Taskforce Belanjawan 2025) dan En. Asyraf (Penyelidik).

Perbincangan pada pagi tadi telah dipengerusikan sendiri oleh YAA Dato’ Haji Wan Mohd Zakri bin Wan Mohd (Ketua Hakim Syarie Terengganu) dan turut bersama beliau ialah YBrs. Pn. Noor Afzan binti Adam (Ketua Pendaftar), YA Tuan Haji Rosdi bin Harun (Hakim Mahkamah Rayuan Syariah), Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi Syariah dan beberapa lagi pegawai Jabatan Kehakiman Syariah Terengganu.

Pertemuan secara langsung ini diharapkan dapat mengeratkan lagi kerjasama antara TSIS dan JKSTR seterusnya memperhalusi langkah-langkah strategik bagi memastikan Terengganu terus memimpin dalam memperkukuh sistem kehakiman Islam di negara ini.

#lead_inspire #Tsis #TerengganuMajuBerkatSejahtera #thinktank #terengganustrategic

Kongsi berita ini:

WhatsApp
Facebook
Twitter
LinkedIn