Perbincangan bersama Terengganu Incorporated Sdn. Bhd. (Terengganu Inc.) mengenai inisiatif Belanjawan 2025.

TI

Terengganu Inc. sebagai syarikat induk pelaburan strategik yang menguruskan aset-aset komersial dan pelaburan bagi pihak Kerajaan Negeri ketika ini sedang memberikan fokus terhadap pelaburan baharu dalam teknologi hijau dan tenaga boleh diperbaharui.

Inisiatif ini bukan sahaja menyokong kelestarian alam sekitar, bahkan turut membuka peluang ekonomi baharu untuk Negeri Terengganu.

Selain itu, Terengganu Inc. sangat komited dalam memastikan amalan perniagaan mereka sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mampan (SDGs) dan prinsip Environment, Social & Governance (ESG). Ini menandakan usaha berterusan ke arah kemajuan yang seimbang antara keuntungan, kelestarian dan tanggungjawab sosial.

Pihak TSIS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YBhg. Tuan Haji Burhanuddin Hilmi bin Mohamed @ Harun, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Terengganu Inc. beserta beberapa orang Ketua Jabatan atas layanan kepada delegasi TSIS baru-baru ini yang diketuai oleh En. Wan Muzhaffar selaku Setiausaha Task Force Belanjawan 2025 bersama beberapa lagi pegawai.

Semoga siri perbincangan ini dapat diteruskan sepanjang masa bagi memastikan inisiatif yang dipersetujui bersama dilaksanakan dengan jayanya.

Kongsi berita ini:

WhatsApp
Facebook
Twitter
LinkedIn