Pada 4 – 5 Ogos yang lalu, TSIS dengan jayanya telah menganjurkan Kursus Komunikasi Strategik Siri 1 di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Kuala Terengganu, dengan kerjasama kakitangan Urus Setia Penerangan Darul Iman – UPDI.
Kursus ini dibimbing oleh Trainer Bertauliah HRDCorp, En Ahmad Fahmi bin Mokhtar, dengan topik yang relevan iaitu “Memahami Konsep & Penetapan Agenda Media Sosial.”
Melalui modul yang komprehensif ini, kakitangan UPDI berpeluang untuk:
🔹 Mendalami strategi pengurusan isu di media sosial
🔹 Memahami teknik yang tepat dalam penetapan agenda
🔹 Menyelaraskan aspirasi kerajaan negeri
✨ Pengalaman ini bukan sahaja memperkasa kemahiran komunikasi mereka, tetapi juga memastikan penyampaian maklumat yang lebih berkesan kepada masyarakat.
🔜 Kursus Komunikasi Strategik ini akan diteruskan dengan dua lagi siri yang akan datang, yang turut dikendalikan oleh Trainer Bertauliah HRDCorp dari TSIS. Ini adalah peluang keemasan untuk memperkukuh kemahiran dan pengetahuan dalam era komunikasi digital masa kini.
#UpskillingWithTSIS #Lead_Inspire #TSIS #ThinkTank #StrategicCommunication