Langkah-langkah penggunaan sistem
1) Log In: Layari laman web https://skt.42web.io/?i=2 tekan butang “TERUSKAN”. Masukkan Username (no ic) & Password anda (Default: Skt@2026).
2) Update Kata Laluan: Untuk keselamatan, klik pada profil anda dan kemaskini kata laluan baharu yang mudah diingat.
3) Check Dashboard: Klik tab “Dashboard”, pilih tahun penilaian (contoh: 2025). Markah tahunan anda akan dipaparkan di sini secara automatik.
4) Maklumat Staf: Boleh cari detail staf lain di tab “Staf Jabatan”. Pilih sektor & jabatan untuk carian lebih terperinci.
5) Isi Tugasan (PENTING!):
Klik tab “Tugasan”, pilih tahun dan tekan “Continue”. Masukkan tugasan anda (Minimum 10 tugasan). Klik butang (+) untuk tambah setiap tugasan.
6) Pantau Status (PYD): Klik tab “PYD” untuk lihat senarai pihak yang perlu anda nilai serta status kemajuan penilaian tersebut.
7) Proses Penilaian: Klik tab “Penilaian Kakitangan”, pilih tahun & nama staf. Tekan “Continue” dan berikan markah mengikut kriteria yang ditetapkan (Bahagian I, II, dll). Jangan lupa isi ulasan di bahagian akhir ya!
8) Selesai: Dah setel semua? Klik “Log Keluar”.
Peringatan Mesra: Mohon semua staf buka tab “Penilaian Kakitangan” secara berkala untuk memastikan semua rakan sekerja mendapat markah penilaian tepat pada masanya.
Rujuk video tutorial yang dilampirkan untuk lebih jelas. Selamat menilai!
Dimaklumkan bahawa beberapa penambahbaikan telah dilaksanakan bagi meningkatkan keberkesanan dan ketelusan proses penilaian, seperti berikut:
- Bilangan KPI telah ditambah daripada 5 kepada 10 KPI.
- PYD dan Penilai boleh menyemak markah yang masih belum ditanda. (Selesai/Belum selesai)
- Panduan skema pemarkahan disediakan sebagai rujukan bagi memastikan penilaian yang lebih seragam dan adil.
- Ulasan bertulis akan turut diberikan oleh P2 (TCEO/CEO) kepada semua PYD.













