Majlis Pelancaran Kad Laporan Prestasi & Buku Kejayaan Kerajaan Negeri Terengganu 2018-2023

IMG 4571

Kad Laporan Prestasi Kerajaan Negeri Terengganu 2018-2023 terbitan TSIS ini memaparkan maklumat keberhasilan dan impak daripada rancangan dan usaha Kerajaan Negeri Terengganu dalam 15 segmen sepanjang tahun 2018 sehingga 2023.

Penerbitan ini adalah sebagai penghargaan kepada semua pihak terutamanya Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Ketua-ketua Jabatan serta para pegawai dan kakitangan Kerajaan Negeri atas pelbagai kejayaan yang telah diraih. Ia juga bertujuan untuk menyediakan maklumat yang tepat kepada para pembaca mengenai prestasi Kerajaan Negeri Terengganu yang diterajui oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, Menteri Besar Terengganu sepanjang tempoh pentadbiran (2018-2023).

Kongsi berita ini:

WhatsApp
Facebook
Twitter
LinkedIn