Buku Merealisasi Terengganu Maju, Berkat, Sejahtera

IMG 6497

Buku “Merealisasi Terengganu Maju, Berkat, Sejahtera” adalah himpunan artikel yang ditulis oleh para sarjana dan ahli akademik daripada universiti tempatan yang menyorot cabaran dan peluang serta pencapaian Kerajaan Negeri Terengganu dalam merealisasikan visinya untuk menjadi negeri yang “Maju, Berkat, Sejahtera” menjelang tahun 2030.

Menerusi artikel-artikel ini, para pembaca akan dapat menekuni perspektif penulis tentang pelbagai isu yang disokong dengan data dan statistik penting daripada pelbagai sumber rasmi. Tidak hanya tertumpu kepada spek kejayaan, para penulis juga mengetengahkan kritikan dan cadangan mereka supaya diambil perhatian serius oleh pentadbiran Kerajaan Negeri Terengganu. Diharapkan para pembaca dapat mengambil manfaat yang sebaiknya daripada penerbitan buku ini.

Kongsi berita ini:

WhatsApp
Facebook
Twitter
LinkedIn