Taklimat Keselamatan & Demonstrasi Memadam Kebakaran

Taklimat Kebakaran

Taklimat Keselamatan & Demonstrasi Memadam Kebakaran anjuran bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu serta Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS), merupakan aktiviti tahunan syarikat yang bertujuan memberi pendedahan keselamatan serta kaedah menangani risiko yang betul kepada semua pegawai dan kakitangan TSIS.

Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada pegawai dan kakitangan TSIS agar mengutamakan keselamatan dengan mengambil tindakan yang betul, tidak panik, menggunakan laluan kecemasan, serta berkemahiran mengendalikan alat pemadam api yang tersedia.

Program dimulakan dengan ceramah kebakaran yang disampaikan oleh Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Rozizah Binti Abnihajar.

Kongsi berita ini:

WhatsApp
Facebook
Twitter
LinkedIn