Pada 21 Februari 2023, TSIS telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Penasihat Undang-Undang UniSZA. Kunjungan yang dihadiri oleh Encik Mohamad Kamal, Pegawai Undang-Undang TSIS, Encik Nur Mohd Shukri, Ketua Unit Pengurusan Penyelidikan, dan Dr. Zamri Chik, Pegawai Penyeldik Utama bertujuan untuk menjalinkan hubungan baik antara TSIS dan PPUU UniSZA.
UniSZA dan TSIS telah banyak menjalankan kerjasama dalam bentuk penyelidikan strategik. Semoga hubungan baik ini dapat dipertingkatkan ke arah menjadikan Negeri Terengganu sebagai sebuah negeri yang Maju, Berkat, Sejahtera.