Simposium Kajian Pembangunan Terengganu Sejahtera & Pelancaran Buku Penyelidikan Strategik TSIS 2023

IMG 6495

Program simposium ini merupakan kesinambungan daripada seminar polisi awam yang telah dianjurkan oleh TSIS pada tahun yang lalu. Bermula ucapan aluan dan diteruskan dengan pembentangan kertas-kertas kajian para penyelidik dari pelbagai institusi pendidikan malaysia yang telah mendapat tajaan geran penyelidikan strategik tsis. Dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Haji Yahaya Bin Ali, yang dipertua dewan undangan negeri mewakili Yang Amat Berhormat Menteri Besar Terengganu.

Selari dengan peranan TSIS sebagai sebuah badan pemikir kerajaan negeri, program simposium ini juga bertujuan untuk memberikan pendedahan dan pengetahuan kepada rakyat berkaitan kajian yang berimpak tinggi bagi membantu kerajaan negeri dalam merangka dasar atau polisi yang efektif demi kelestarian ekonomi dan kesejahteraan rakyat di negeri terengganu tercinta ini.

Objektif utama pelaksanaan program simposium ini juga adalah untuk mewacanakan hasil-hasil penyelidikan di bawah geran penyelidikan TSIS dalam sebuah medium diskusi agar lebih interaktif dan mudah untuk difahami. Selain itu, melalui pembentangan kertas-kertas kajian ini sedikit sebanyak membantu Kerajaan Negeri khususnya para penggubal polisi atau policy makers dalam menghasilkan sesebuah dasar atau polisi yang terbaik demi pembangunan negeri dan kesejahteraan rakyat. Pelaksanaan simposium ini juga secara tidak langsung memberikan penghargaan dan ruang kepada para penyelidik untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman sepanjang menghasilkan penyelidikan.

Sehingga kini, TSIS telah menganugerahkan geran penyelidikan kepada hampir 30 orang penyelidik dari pelbagai institusi pengajian tinggi di seluruh semenanjung Malaysia termasuklah Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPG). Penyelidikan ini telah merangkumi pelbagai cabang atau bidang seperti Ekonomi, Politik, Kebajikan, Agama, Keusahawanan, Sains dan Teknologi, Pendidikan serta Pengurusan Pentadbiran dalam memastikan kelestarian pembangunan ekonomi negeri dan kesejahteraan seluruh rakyat di Negeri Terengganu ini.

Diharapkan agar program simposium yang diadakan pada hari ini dapat memberi pendedahan dan meningkatkan kefahaman kepada para hadirin yang hadir berkaitan pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat di negeri ini. Semoga melalui pelaksanaan kajian-kajian seperti ini dapat menjadi tulang belakang Kerajaan Negeri dalam merangka sesebuah dasar atau polisi yang progresif dan menyeluruh demi kebaikan bersama.

Universiti Sultan Zainal Abidin – FB RasmiUniversiti Teknologi Malaysia (UTM)Universiti Kebangsaan Malaysia – UKMUniversiti Malaysia Terengganu

#Tsis#TerengganuStrategicIntegrityInstitute#TerengganuMajuBerkatSejahtera#simposiumTSIS2023

#SimposiumKajianPembangunanTerenggganuSejahtera

#pelancaranbuku

Kongsi berita ini:

WhatsApp
Facebook
Twitter
LinkedIn