Post Terkini

"Lead, Inspire"

Berperanan mengumpul idea-idea baharu, bahkan turut berfungsi sebagai penghubung antara penggubal dasar, pihak swasta dan juga rakyat

Penyelidikan Strategik

Penyelidikan Dasar Dan Pelan Strategik Yang Relevan

Khidmat Profesional

Penyediaan Perkhidmatan Sokongan Dan Profesional

Memperkasa Nilai Intergriti

Mempromosi Dan Memperkasa Nilai Integriti

Hubungan Dua Hala

Menghubungkan Antara Kerajaan, Pihak Swasta Dan Rakyat

testpatter
Pattern2
PROF MADYA DR MOHD HANIF BIN YAACOB FP

PROF. MADYA DR. MOHD HANIF BIN YAACOB 

Ketua Pegawai Eksekutif

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Salam sejahtera kepada semua pengunjung laman web Terengganu Strategic & Integrity Institute (TSIS). Saya ingin mengucapkan selamat datang dan terima kasih kerana melayari laman web rasmi kami. Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif TSIS, saya amat berbesar hati untuk berkongsi sedikit mengenai peranan dan tanggungjawab institusi ini.

TSIS merupakan sebuah institusi penting bagi kerajaan negeri Terengganu yang bertindak sebagai badan pemikir, penyelidik, dan penilai bagi memastikan keberkesanan perancangan dan pelaksanaan dasar,  pembangunan dan program-program termasuk politik serta sosial kerajaan negeri Terengganu.

Antara tugas utama kami adalah menyediakan input belanjawan tahunan kerajaan negeri melalui proses perundingan dengan pelbagai pihak, termasuk perbincangan bersama pemegang taruh dan agensi-agensi kerajaan negeri. Kami percaya bahawa kolaborasi ini penting untuk menghasilkan belanjawan yang komprehensif dan inklusif, demi memenuhi keperluan dan aspirasi rakyat Terengganu.

Selaras dengan agenda membina sebuah negeri Maju, Berkat, dan Sejahtera seperti yang digariskan dalam Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS2030). TSIS berfungsi sebagai sekretariat kepada Majlis Tindakan PITAS2030 dan bertanggungjawab merancang aktiviti pembangunan bersama agensi-agensi kerajaan, terutama UPEN serta memantau pelaksanaan agenda pembangunan tersebut.

Selain itu, TSIS menjalinkan kerjasama erat dengan pakar dan ahli akademik daripada pelbagai universiti tempatan untuk melaksanakan penyelidikan yang relevan dengan keperluan negeri dan rakyat Terengganu. Melalui penyelidikan yang berkualiti, kami dapat mencadang solusi yang berkesan untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat.

Akhir kata, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan dan kerjasama kepada TSIS. Semoga laman web ini menjadi platform yang berguna untuk semua pihak mendapatkan maklumat terkini mengenai aktiviti dan inisiatif kami. Teruskan bersama kami dalam usaha membina Terengganu yang lebih sejahtera.

Sekian, terima kasih.

والسلام عليكم ورحمة الل